Pembelajaran Abad Ke 21

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM).
PAK-21
menekankan pembelajaran berpusatkan murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).


Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table
 • Murid duduk
dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.
 •
Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama.
 •
Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.
 •
Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share
 • Guru
memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.
 • Masa
tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
 • Murid
seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat
 •
Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).
 •
Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.
 • '
Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklamasi Sajak / Nyanyian
 • Murid
diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.
 • Guru
memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.
 • Murid
membuat persembahan di hadapan kelas.

5. Pembentangan Hasil Sendiri
 • Murid
diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.
 • Murid
boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play
 • Murid
diberi peranan dan watak.
 • Murid
diberi masa untuk membuat persediaan.
 • Murid
membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk
 •
Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.
 • Murid
menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.
 • Murid
boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay
 •
Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.
 •
Hasil kerja ditampal.
 •
Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
 • Ahli lain
boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think
 •
Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.
 • Peta
i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik.