Sejarah Smkadha

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas dibuka pada tahun 1953 oleh  Dato’ To’ Guru   Haji   Abbas sebagai pengasasnya dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya seramai 180 orang. Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan arab. Tanggal 1 julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini telah diserahkan   sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana sekolah ini lebih dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.

 

Pada tahun 1982, sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah Gred A. dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan   terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.

 

Sekolah ini telah mendapat pengiktirafan Sebagai Sekolah Kluster Kecemerlanagn pada tahun 2013 dalam Kebitaraan Akademik (Bahasa Arab) dan Kokurikulum (Catur).

 

Pada tahun 2014 sekolah ini telah diberi penjenamaan semula dengan nama baru iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abbas, sempena nama mantan Pengetua pertama yang juga merupakan pengasas sekolah ini iaitu Tuan Guru Haji Abbas bin Mohammed (1953-1958).